Youtuber sebak tunaikan hasrat lelaki OKU naik Lamborghini Aventador

Dapat menggembirakan seseorang dengan merealisasikan impiannya merupakan suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan. 

Hal ini dilakukan oleh seorang YouTuber kelahiran Romania, Andy Popescu, dimana dia merialisasikan impian seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Micul Gigant untuk menaiki Lamborghini Aventador.

Micul Gigant yang juga merupakan seorang YouTuber dilahirkan sebagai OKU yang mempunyai banyak sejarah hitam dalam hidupnya. Dia mula membuat vlog di YouTube kerana dengan tujuan mencari kawan secara maya, kerana dia tidak mempunyai ramai kawan dalam hidupnya.

Malah, dia juga sering dibuli dan diejek semasa kecil sehingga hal tersebut merendahkan keyakinan dirinya.

Semasa berbual dengan Andy Popescu, dia memberitahu menaiki supercar itu adalah salah satu impian dalam hidupnya. Sepanjang di dalam kereta, dia banyak berkongsikan kekurangan dirinya sebagai OKU yang tidak diterima oleh masyarakat sekelilingnya.

Pada satu ketika, Gigant berasa terlalu teruja dan gembira apabila supercar yang dipandu Andy Popescu memecut laju di jalan raya.

Dia berulang kali mengucapkan rasa terima kasih kepada Andy Popescu yang sudi membawanya menaiki Aventador tersebut.

Mungkin sebak dengan apa yang dikatakan, Andy kelihatan cuba menyembunyikan tangisannya dari Gigant.

Rata-rata warganet turut sama tersentuh melihat keterujaan lelaki OKU ini dapat mencapai impiannya setelah sekian lama.

Sikap murni yang ditunjukkan Andy Popescu dengan membenarkan Gigant menaiki Aventador miliknya dipuji ramai. Dia juga kelihatan tenang mendengar semua luahan hati lelaki itu sepanjang memandu dan menjadi pendengar yang baik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *