Toyota Yaris ini dihiasi dengan barang kemas, pemilik tak takut jika hilang atau dicuri

Sebuah Toyota Yaris di Indonesia viral di media sosial kerana dihiasi dengan aksesori mahal, yang terdiri daripada barang kemas seperti emas, batu permata dan berlian.

“Semua aksesori pada kereta ini disahkan asli, selepas ujian yang dilakukan,” kata Encep Hasan Basri yang merupakan wakil kepada pemilik kereta tersebut iaitu Haji Sugandi Natanegara.

Emas yang dipasang pada Toyota Yaris tersebut difahamkan bernilai sekitar RM11.4k, dimana perhiasan ini dipasang pada bahagian luaran dan dalam kereta. Tambah Encep Hasan Basri, hiasan ini diletakkan ketika kereta tersebut baru sahaja dibeli.

“Kereta ini dibeli sekitar empat tahun lepas, dan hanya selepas beberapa minggu dibeli, Haji Sugandi telah melekatkan emas dan berlian tersebut,” tambah Encep.

Haji Sugandi Natanegara, pemilik Toyota Yaris ini merupakan penduduk kampung Karokrok, Desa Jatiragas, Kecamatan Patokbeusi, Subang. Dia merupakan pemilik Panti Putra Galunggung, yang menjalankan aktiviti pemulihan mental bagi penagih dadah.

Tujuan Yaris ini disertakan dengan perhiasan ialah menyerupai hobi putera raja Arab Saudi, yang gemar untuk memiliki kenderaan yang dihiasi emas. Haji Sugandi Natanegara juga dikatakan tidak takut jika perhiasan tersebut hilang atau dicuri.

Selain bahagian luar, bahagian dalam kereta ini juga dihiasi dengan jongkong emas iaitu pada bahagian papan pemuka dan alas kaki.

“Masyarakat Indonesia, terutama di daerah Subang, diharapkan tidak memandang serong kepada kami, kerana hal ini tidak bermaksud untuk sombong, malah merupakan satu hobi yang murni,” kata Encep.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *