Tolong potong rumput, dapat hadiah Ford Edge 2020!

Seorang lelaki dari Amerika Syarikat, Rodney Smith Jr. memiliki dan menjalankan perniagaannya sendiri. Dia juga diberi gelaran sebagai Raising Men Lawn Care Service.

Smith Jr. difahamkan telah melakukan perjalanan ke 50 daerah di Amerika Syarikat sebanyak sembilan kali, bertujuan untuk memotong rumput kepada orang yang memerlukan terutama golongan tua.

Disifatkan sebagai tidak pentingkan diri sendiri, baru-baru ini Ford Motor Company memberi kejutan kepada Smith Jr. dengan Ford Edge 2020 yang baru kerana tindakannya tersebut.

“Saya tidak mampu berkata. Ford datang ke halaman rumah saya, di Michigan. Setelah memotong rumput, saya dikejutkan dengan sebuah Ford Edge 2020 yang baru. Terima kasih Ford,” kata Smith Jr.

Smith Jr. juga sebenarnya sudah memilik Ford Edge model lama yang sudah mencatat perbatuan memiliki 530,000km. Namun setelah menerima Ford Edge model baru, dia bercadang untuk menyumbangkan kereta lamanya kepada keluarga yang memerlukan.

Ini juga bukan kali pertama Smith Jr. mendapat pengiktirafan. Dia juga baru-baru ini terpilih sebagai salah satu daripada 30 orang yang terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Lay’s, sebuah syarikat pengeluar kerepak kentang. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *