Tiga penyamun gagal curi kereta sebab tak pandai pandu manual. Loser habis mamat ni!

Tiga lelaki yang cuba mencuri sebuah kereta menemui jalan buntu apabila kereta yang ingin dicuri merupakan kereta yang dilengkapi dengan transmisi manual.

Ini kerana, tidak ada salah seorang dari mereka yang tahu bagaimana cara untuk memandu kereta tersebut.

Menurut Jabatan Polis Daerah Montgomery di Maryland, Amerika Syarikat, kesemua pencuri tersebut yang kini masih belum ditangkap pada mulanya menyerang seorang lelaki berusia 28 tahun.

Kejadian difahamkan berlaku pada 7 Oktober jam 9 malam, ketika pemilik kereta tersebut melangkah keluar dari keretanya. Dia secara tiba-tiba didatangi tiga lelaki yang memukul dan mencuri barang-barangnya, termasuk kunci kereta.
Suspek kemudian memasuki kenderaan mangsa dan cuba untuk mencurinya. Walau bagaimanapun, tidak ada seorang daripada mereka yang tahu memandu kereta yang dilengkapi dengan transmisi manual. 
 
Kesemua dari mereka akhirnya melarikan diri dengan berjalan kaki. Pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut dan sedang giat memburu ketiga-tiga suspek.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *