Tak puas hati teguran polis, lelaki ini rosakkan motosikal miliknya

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Agus bertindak merosakkan motosikal miliknya ketika dia ditahan dalam Operasi Zebra Seligi 2020 yang dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Menurut Ketua Polis Karimun, AKP R Dwi Moch Ramadhanto kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham.

“Ketika ditahan, penunggang motosikal tersebut tidak memakai topi keledar, dan ketika ditegur, dia marah dan tidak menerima teguran tersebut,” kata Ramadhanto.

Setelah itu, Agus yang berang dengan teguran tersebut kemudian difahamkan bertindak menghempap motosikalnya menggunakan batu yang besar. 

Walau bagaimanapun, setelah berjaya ditenangkan, Agus akhirnya meminta maaf kepada polis atas tindakannya tersebut. 

Ramadhanto berharap kejadian itu tidak berulang lagi dan menasihati masyarakat untuk sentiasa mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya serta melengkapkan dokumen kenderaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *