Subiefest 2020 pecahkan rekod dunia baru, perarakan terbesar dihadiri 1,751 kereta

Pada Subiefest 2020, yang diadakan pada 4 Oktober lalu dan merupakan salah satu perhimpunan tahunan terbesar peminat Subaru di Amerika Syarikat, acara ini mencipta rekod dunia Guinness baru.

Rekod baru dihasilkan berdasarkan perarakan kereta Subaru terbesar di acara tersebut, dengan dihadiri oleh 1,751 kenderaan, memecahkan rekod sebelumnya pada tahun 2015 yang dihadiri oleh 549 buah kereta.

Selain hasil jualan tiket, Subaru juga meminta sumbangan dari setiap peserta Subiefest 2020 untuk disumbangkan kepada Feeding America, dan akan diletakkan dalam dua bank makanan tempatan iaitu Los Angeles Regional Food Bank dan Second Harvest Orange County.

Hasil dari sumbangan tersebut akan menyediakan 241,800 makanan, dan akan ditambah jumlahnya menjadi 500,000 makanan oleh Subaru Amerika Syarikat.

“Pada masa yang penuh mencabar ini, kita semua perlu mencari kestabilan dalam kehidupan seharian.”

“Kami berharap melalui sumbangan ini kepada Feeding America, kami dapat memberikan keselesaan dan kestabilan makanan kepada orang-orang yang memerlukan di Amerika Syarikat. Kita semua mesti berada dalam keadaan selamat, tetapi perlu menolong selagi kita boleh,” kata VP Senior Subaru, Alan Bethke.

Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada kerjasama antara Subaru dan Feeding America, yang akan menyediakan 50 juta makanan kepada orang yang terjejas kerana pandemik Covid-19.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *