Sewa helikopter untuk tabur duit dari udara sempena majlis perkahwinan

Untuk menyambut majlis perkahwinan ahli keluarga dengan penuh gaya, empat beradik lelaki di Mandi Bahauddin, Pakistan dari keluarga Rana sanggup menyewa helikopter untuk tabur wang dari udara.

Majlis itu menjadi perbualan penduduk bukan saja di Punjab, malah menarik perhatian media arus perdana di negara itu.

Keluarga Rana difahamkan tinggal di Itali sejak 20 tahun lalu dan menjalankan perniagaan di sana.

Bagaimanapun, adik bongsu mereka, Rana Ibrar Hussain tinggal di Pakistan dan menjaga rumah serta tanah milik keluarga.

Minggu lalu, empat adik beradik dari keluarga Rana kembali ke Pakistan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik bongsu mereka.

Dalam usaha untuk menjadikannya majlis itu sebagai acara dikenang seumur hidup, mereka menyewa helikopter dengan harga Rs1.8 juta (RM47,265). Ia bertujuan untuk menaburkan bunga ros dari udara ketika acara perarakan pengantin.

Namun, apa yang paling mengejutkan tetamu turut ‘dihujani’ wang kertas bernilai Rs2 juta (RM52,517).

Wang itu dalam bentuk mata wang asing termasuk Euro tersebut ditaburkan di sepanjang laluan dilalui rombongan pengantin lelaki.

Taburan wang tersebut bermula dari rumah lelaki berkenaan sehingga ke dewan yang menjadi lokasi majlis perkahwinan.

Rakaman video yang tular menunjukkan majlis perkahwinan itu meriah dengan kehadiran tetamu. Kelihatan sebuah helikopter berlegar-legar di lokasi majlis perkahwinan itu.

Tidak lama kemudian kawasan itu dihujani dengan wang yang ‘ditabur’ seseorang dari helikopter berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *