Pemain dram Blink-182, Travis Barker jual Cadillac Coupe DeVille 1964 kesayangan

Pemuzik dan pemain dram terkenal di dunia, Travis Braker, sememangnya meminati kereta Cadillac. Malah pemain dram kumpulan Blink-182 itu mempunyai dua tatu Cadillac pada anggota badannya.

Baru-baru ini, Barker difahamkan melelong Cadillac Coupe DeVille 1964 miliknya di Bring A Trailer. Ketika artikel ini ditulis, kereta tersebut telahpun dijual dengan harga USD28,250 (RM117,689).

Barker memiliki Cadillac Coupe DeVille 1964 ini sejak tahun 2011 dan merupakan antara kereta kesayangannya.

Kereta ini pernah digunakan dalam salah satu muzik video kumpulan Blink-182 pada tahun 2015.

Ianya dikuasakan oleh enjin V8 7,000cc yang mampu menghasilkan sehingga 340hp dan 650Nm tork, serta digabungkan dengan transmisi automatik 3-kelajuan TH400.

Merupakan pemilik ketiga, bacaan odometer pada kereta milik Barker ini ialah pada 96,560km. 

Pada penghujung tahun lepas, Barker difahamkan membeli kereta baru iaitu sebuah Rolls-Royce Cullinan yang ditala oleh Platinum Group.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *