Mercedes 300 SL Gullwing 1957 yang rare ini berjaya dijual pada harga RM4.8 juta!

Sebuah Mercedes-Benz 300 SL Gullwing 1957 yang sangat rare baru-baru ini disenaraikan sebagai kenderaan untuk dilelong di Bring A Trailer, dan difahamkan ia berjaya dijual dengan harga USD1,152,000 (RM4.8 juta).

Jualan kereta rare ini difahamkan sesuai dengan harga pasarannya. Pada Januari lalu, sebuah model yang sama dengan perbatuan 65,983km berjaya dijual di RM Sotheby dengan harga USD1,270,000 (RM5.3 juta).

Model yang dijual di Bring A Trailer ini difahamkan merupakan keluaran tahun 1957 dan pada asalnya dimiliki oleh seseorang di Belgium yang menyimpannya hingga tahun 1981.

Setelah itu, kereta ini kemudian disimpan di United Kingdom sebelum diimport ke Kanada.

Ia kemudian menjalani proses baik pulih pada tahun 2014 hingga 2016. Dalam masa proses tersebut, ia dikembalikan kepada warna asal iaitu Blaugrau. Ruangan dalam pula dibaik pulih sepenuhnya, dengan kemasan kulit di pelbagai tempat termasuk pada tempat duduk dan panel pintu.

Mercedes-Benz 300 SL Gullwing 1957 ini difahamkan telah mempunyai jarak perbatuan 91,000km, dan memiliki enjin dan transmisi sesuai dengannya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *