Jurujual hampir maut cuba selamatkan BMW M4 yang dicuri dari pusat pengedar

Seorang jurujual di London, Kanada yang dikenali sebagai Moe Alkaissy nyaris maut apabila cuba menyelamatkan sebuah BMW M4 yang dicuri dari pusat pengedar.

Kes kecurian ini bermula apabila Moe didatangi oleh seorang lelaki untuk melihat BMW M4. Lelaki itu kemudian meminta Moe untuk menghidupkan enjin kereta tersebut supaya dia dapat mendengarnya.

Dia kemudian meminta untuk membuat panggilan telefon di dalam M4 tersebut dalam keadaan privasi. 

Sebaik sahaja berada di dalam M4 itu, lelaki berkenaan bertindak memandu melarikan diri, manakala Moe pula cuba menghalang tindakan itu dengan berpegang pada bonet hadapan.

Tanpa menghiraukan keselamatan Moe, suspek kemudian terus memecut laju menuju salah satu jalan paling sibuk di London, dan melanggar lampu isyarat dalam usaha menurunkan jurujual tersebut dari kereta.

Moe bagaimanpun tidak dapat bertahan lama lalu terjatuh dari kereta tersebut dan hampir dilanggar oleh rakan suspek yang mengikutinya dari belakang dengan memandu sebuah Audi.

Moe juga bernasib baik kerana hanya mengalami masalah untuk berjalan akibat cedera di lutut dan kaki.

“Saya dapat ingat semua perkara yang berlaku, dan ketika kejadian, saya hanya berpegang pada kereta dan berkemungkinan akan jatuh dan mati,” kata Moe.

Kereta tersebut sehingga kini masih belum berjaya dikesan, dan menurut catatan Facebook pusat pengedar, GPS pada BMW M4 tersebut menunjukkan lokasi terakhirnya ialah di di utara Toronto, kira-kira dua jam di timur London.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *