Jam Excalibur Spider ini diilhamkan dari Huracan STO, RM230k seunit

Lamborghini Huracan STO boleh dikatakan sebagai kereta lumba yang sah digunakan di jalan raya. Perkara yang menjadikannya paling menonjol dari barisan model Huracan yang lain ialah harga permulaannya yang sangat menarik, iaitu USD327,838 (RM1.3 juta).

Harga permulaan tersebut menjadikan Huracan STO sebagai edisi paling mahal model itu ketika dilancarkan, mengatasi edisi sebelumnya iaitu Huracan Performante.

Bagi memeriahkan lagi kehadiran supercar ini, syarikat pembuat jam tangan Switzerland iaitu Roger Dubuis memperkenalkan model baharu yang diilhamkan dari Huracan STO ke dalam rangkaian jam tangan Excalibur, iaitu Excalibur Spider Huracan STO.

Selain menampilkan warna yang sama dengan Huracan STO, iaitu Blue Laufey dan California Orange, jam tangan Excalibur digerakkan oleh kaliber RD630 automatik dengan motif sarang lebah dan digabungkan dengan rekaan strut-bar yang biasa dilihat pada ruang enjin V10 Huracan.

Casis jam ini diperbuat daripada gentian karbon, dengan lapisan getah dan bezel titanium hitam DLC. Rekaan pada bahagian belakangnya pula diilhamkan oleh roda Lamborghini Huracan, dan tidak menggunakan rekaan dari Huracan STO.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *