6 kisah di sebalik nombor yang digunakan oleh pelumba MotoGP

Pelumba MotoGP biasanya mempunyai nombor yang melambangkan identiti mereka dalam perlumbaan. Contohnya seperti Valentino Rossi, yang sinonim dengan nombor 46.

Selain menjadi kebanggan setiap pelumba, nombor ini juga mempunyai nilai tersendiri kerana ia umumnya diambil berdasarkan kisah yang tertentu dari seorang pelumba.

Berikut ialah 6 kisah disebalik nombor pelumba MotoGP paling popular.

1. Valentino Rossi (46)

Nombor 46 Valentino Rossi difahamkan diambil dari nombor ayahnya, Graziano Rossi ketika dia memenangi perlumbaan di Rijeka GP250 pada tahun 1979. Tahun itu bertepatan dengan kelahiran Vale (nama panggilan Valentino Rossi).

2. Marc Marquez (93)

Alasan untuk mengambil nombor 93 sangat mudah, kerana Marc dilahirkan pada tahun 1993. Nombor kebanggaannya ini pertama kalinya digunakan ketika dia berlumba di acara FIM CEV.

3. Andrea Dovizioso (04)

Sebelum terlibat dalam MotoGP, Andrea Dovizioso terlebih dahulu menggunakan nombor 34 kerana dia mengidolakan pelumba lagenda, Kevin Schwantz.

Namun, kerana nombor itu diabadikan dan tidak lagi boleh digunakan, dia memilih nombor 4 ketika dia pertama kali bersaing dalam MotoGP pada tahun 2008. Tambahan angka 0 di depan difahamkan hanya untuk tujuan komersial.

4. Pol Espargaro (44)

Dalam karier Pol Espargaro, dia telah menukar beberapa nombor. Sebelum ini dia selalu menggunakan nombor 4 kerana sangat meminati Alex Barros. Ketika bersama Pons Racing di Moto2, dia menggantikan nombor 4 kepada nombor 40 dengan alasan komersial.

Menjelang perlumbaan MotoGP pada tahun 2013, nombornya diubah menjadi 44. Pada mulanya dia ingin menggunakan nombor 4 lagi, tetapi nombor tersebut telah digunakan oleh Andrea Dovizioso.

5. Fabio Quartararo (20)

Alasan kenapa Fabio Quartararo memilih nombor 20 ialah kerana dia dilahirkan pada 20 April 1999.

6. Alex Rins (42)

Alex Rins juga merupakan pelumba yang telah menukar nombor beberapa kali. Ketika berusia enam tahun, dia lebih suka menggunakan nombor 14.

Ketika bersaing dalam perlumbaan RoadRace, dia menukar nombornya kepada 24. Pada tahun 2008, nombor 24 sudah digunakan oleh pelumba lain, yang menyebabkan dia menukarnya menjadi 42.

Pada tahun 2009, prestasinya cukup cemerlang dan akhirnya dia terus menggunakan nombor tersebut, bahkan ketika dia bersaing di MotoGP ketika ini.

Namun, pada tahun 2015 – 2016, dia menggunakan nombor 40 untuk tujuan komersial.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *