Dodge Charger ditahan kerana pandu lebih had laju, konon sedang uji rim

Seorang pemandu Dodge Charger di Ontario, Kanada dikenakan tindakan undang-undang kerana memandu melebihi had laju. Dia kemudian memberi alasan yang tidak munasabah untuk tindakannya itu, dan tidak dapat diterima oleh pihak polis.

Menurut pihak polis menerusi akaun Twitter, Dodge Charger tersebut ditahan kerana memandu pada kelajuan 152km/j di kawasan had laju 80km/j.

Tidak ada alasan yang munasabah untuk membenarkan sesebuah kenderaan dipandu hampir dua kali ganda dari had laju yang ditetapkan, namun pemandu tersebut cuba mencari ‘jalan keluar’ dari kesalahan yang dilakukan.

Menurut pihak polis, pemandu Dodge Charger tersebut menyatakan alasan dia memandu melebihi had laju yang ditetapkan ialah kerana ingin mengenalpasti adakah rim keretanya bergegar. Walau bagaimanapun, mereka tidak menerima alasan tersebut.

Seseorang pemandu tidak akan memandu pada kelajuan yang tinggi jika sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan kenderaan mereka.

Sebaliknya, hal ini akan mendorong seseorang pemandu untuk memandu dengan kelajuan yang rendah dan bahkan berhenti untuk memeriksa kenderaan mereka.

Memandu pada kelajuan yang tinggi bukanlah jalan penyelasaian untuk mengenal pasti kerosakan pada sesebuah kenderaan, dan pemandu Dodge Charger ini berkemungkinan besar mengemukakan alasan tersebut bagi mengelakkan dikenakan tindakan terhadap kesalahan yang dilakukannya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *