Ditahan kerana memandu melebihi had laju, wanita ini minta buang air besar dalam kereta peronda polis

Seorang wanita di Amerika Syarikat didapati memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Setelah dikejar dan ditahan oleh pihak polis, alasannya cukup mencuit hati, iaitu ingin membuang air besar.

Ketika pegawai polis sedang memeriksa jika dia mempunyai waran tangkap, Emily Sindt Owings, 28, dengan pantas menyatakan dia perlu membuang air besar dan hari tersebut merupakan hari lahirnya.

Dia juga disabitkan kesalahan kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu di sekitar bandar Enid, Oklahoma.

Satu rakaman video berjaya dirakam oleh pihak polis, yang memaparkan gelagat Owings ketika enggan keluar dari keretanya. Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat, lesen memandu milik Owings difahamkan telah digantung.

Berjaya menemui waran tangkap untuk Owings, pegawai polis tersebut menghubungi rakan setugasnya bagi membuat penangkapan.

Mendengar perbualan anggota polis tersebut, Owings mula menangis dan berkata “kenapa saya tidak dibiarkan pergi? Maaf saya tidak tahu (lesen digantung), jika tidak, saya tidak akan memandu lagi tetapi bolehkah saya pulang untuk membuang air besar?”

Mendengar pertanyaan tersebut, polis kemudian menyuruhnya keluar dari kereta sementara pegawai lain dalam perjalanan untuk menangkapnya.

Owings secara tiba-tiba bertindak agresif dengan memecut keretanya hingga melebihi 110km/j untuk melarikan diri, namun sekali lagi berjaya ditahan oleh pihak polis.

Dia juga akan disabitkan kesalahan kerana enggan menyerah dan lari ketika tangkapan ingin dibuat. Ketika tangannya digari, Owings sempat bertanya kepada anggota polis: “Bolehkah saya membuang air besar dalam kereta anda?”

“Kamu mungkin sudah dalam perjalanan ke penjara! Masuk ke dalam kereta!” kata seorang pegawai polis. Setelah diperiksa, pihak polis turut menemui alat untuk men4gih dad4h dalam kereta milik Owings.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *