Demi 3,000hp, trak pikap diesel twin-turbo ini meletup atas mesin dyno

Sebuah trak pikap yang telah diubah suai meletup di atas mesin dyno dalam satu acara yang berlangsung di Ogden, Utah.

Trak pikap ini dimiliki oleh pusat servis Industrial Injection Diesel Performance, dan merupakan salah satu jentera yang akan didyno pada akhir acara tersebut.

Masih tidak dapat dipastikan jenis enjin dan modifikasi yang telah dilakukan terhadap trak pikap ini, namun sudah tentu ianya tidak sama seperti trak pikap yang lain.

Ketika di atas dyno, trak pikap ini menghasilkan sehingga 2,920hp dan kepulan asap hitam mula kelihatan.

Namun, krew yang menjalankan ujian membuat keputusan untuk menggunakan sistem nitrous lebih besar untuk menghasilkan kuasa kuda yang lebih besar.

Ketika itulah enjin trak pikap ini meletup.

Beberapa rakaman video yang diambil dari tempat kejadian memaparkan enjin trak pikap tersebut pecah dan bahagian atasnya melambung tinggi kira-kira 2 meter di udara. Krew yang menjalankan ujian dyno ini bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan.

Petugas keselamatan dengan pantas memadamkan api menggunakan pemadam api, bagi memastikan api tersebut tidak merosakkan trak dan landasan ujian dyno tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *