Chevrolet C8 Corvette Stingray rosak teruk setelah terjatuh dari lif hidraulik

Sebuah Chevrolet C8 Corvette Stingray rosak teruk kerena terjatuh dari lif hidraulik.

Dalam kejadian di Amerika Utara itu, berdasarkan gambar yang tular yang dikongsi ke Corvette Forum, sebuah Corvette dengan warna Rapid Blue itu dilihat rosak teruk pada bahagian belakang setelah terjatuh dari lif hidraulik.

Oleh kerana generasi Corvette C8 merupakan kereta berenjin tengah, agihan berat keseluruhannya sangat berbeza dengan model C7. Generasi C7 mempunyai taburan berat 50-50, manakala generasi C8 mempunyai taburan berat 40-60.

Ini bermakna, sesebuah generasi C8 perlu diangkat dengan cara yang berbeza dari generasi C7. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku disebabkan faktor tersebut.

Kemungkinan besar, mekanik tidak menggunakan titik angkat yang betul pada bahagian belakang untuk mengangkat kereta tersebut. Menurut Corvette Blogger, titik angkat generasi C8 sedikit ke belakang berbanding generasi C7.

Hentaman yang kuat telah menyebabkan kerosakan yang ketara pada bahagian belakang kereta tersebut, dan berkemungkinan besar rangka badannya juga rosak.

Jika hal tersebut berlaku, kereta ini boleh diisytihar sebagai total lost dan mungkin akan dihantar dan dijual ke tempat pelupusan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *