Vochol, sebuah Volkswagen Beetle yang dihias dengan lebih 2 juta manik

Pengeluaran Volkswagen Beetle sudah berakhir pada tahun lepas, dan ia merupakan salah satu kereta paling ikonik yang pernah dihasilkan sepanjang masa. Salah satu unit model ini yang dihasilkan pada tahun 1990 kini diubah suai menjadi sebuah karya seni.

Volkswagen Beetle ini diberi nama sebagai Vochol, yang merupakan gabungan dari perkataan ‘vocho’ dan ‘Huichol’.

‘Vocho’ merupakan panggilan untuk VW Beetle di Mexico manakala perkataan ‘Huichol’ ialah nama untuk kumpulan pribumi Wixarika, Nayarit dan Jalisco, yang telah mengekalkan banyak tradisi pra-Kolombia, termasuk hiasan manik.

Apa yang menarik tentang Vochol ialah ruangan luar dan dalamnya dihiasi dengan lebih 2.7 juta manik, yang diaplikasikan dengan corak yang agak rumit. Corak-corak ini dihasilkan dengan tangan oleh lapan orang dari dua kumpulan ‘Huicol’.

Sebagai penghormatan kepada budaya mereka, projek ini dihasilkan lebih dari 9,000 jam selama lapan bulan. Ada pelbagai corak menarik yang terdapat pada Vochol, yang melambangkan maksud yang tertentu.

Antaranya ialah empat helang berkepala dua bermaksud memberi perlindungan kepada penumpang, dan ungkapan ‘100 tahun sejak Revolusi Mexico’ dan ‘200 tahun Kemerdekaan’ yang dieja dalam bahasa Wixarika di sepanjang fender, menandakan seratus tahun Revolusi Mexico pada tahun 1910 dan perang kemerdekaan dari Sepanyol pada tahun 1810.

Vochol kini dipamerkan di sebuah muzium yang terletak di Guadalajara, Mexico, dan kemudian akan ke Mexico City juga untuk tujuan pameran. VW Beetle yang unik ini kemudian akan dipamerkan ke seluruh dunia termasuk di muzium Amerika Selatan, Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Timur Tengah.

Selepas habis pameran menjelajah dunia tersebut, Vochol akan dipamerkan di Museo de Arte Popular, Mexico City.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *