Tempahan Perodua D55L kini dibuka – Pilihan tiga varian, harga anggaran dari RM62,500

Belum terdedah gambar rasmi kereta sebenar, tetapi Perodua D55L (SUV kompak terbaharu) kini dibuka untuk tempahan.

Ya, ia diumumkan sebentar tadi oleh Perodua. Tiga varian akan ditawarkan – X, H dan AV – dengan harga anggaran antara RM62,500 hingga RM73,400 untuk Semenanjung Malaysia.

Seperti yang kami pernah laporkan sebelum ini, Perodua D55L ini akan menggunakan nama bermula dengan huruf A. Ini bermakna, belum ada gambar rasmi dan nama rasmi, tetapi anda sudah boleh buat tempahan model yang bakal menghangatkan pasaran kita.

Seperti adik-beradiknya Toyota Raize dan Daihatsu Rocky, D55L juga dibina di atas pelantar DNGA dan ia akan mendapat enjin 1.0-liter tiga-silinder turbo berkuasa 98hp dan 140Nm tork. Transmisi pula ialah CVT Direct-Shift.

Model ini akan mempunyai tahap kecekapan penggunaan bahan api sehingga 18.9km/l, terbaik dalam kelasnya menurut Perodua.

Berikut adalah perincian spesifikasi:

  • Tiga varian: X, H and AV
  • Warna: X dan H (Glittering Silver, Granite Grey, Blue dan Cobalt Blue), AV (Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red serta pilihan bumbung hitam)
  • Dimensi: 4,065 X 1,710 X 1,635 mm, wheelbase 2,520 mm
  • Ruang kargo: 303 liter dan boleh diubah menjadi 369 liter
  • Saiz tayar: X (205/65/R16), H dan AV (205/60/R17)
  • Lampu depan LED untuk semua varian, H dan AV mendapat tambahan lampu aktif dengan steering assist
  • Paparan instrumen: X analog, H dan AV digital TFT 7-inci
  • Unit infotainmen: X unit biasa, H dan AV paparan sesentuh 9-inci dengan pengecaman suara
  • Keselamatan: Advanced Safety Assist (ASA) 3.0 yang merangkumi Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning and Prevention (LDWP), Lane Keep Contol (LKC), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Blind Spot Monitor (BSM).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *