Seperti kereta yang lain, kereta dalam kategori ‘sewa’ juga tidak terkecuali berisiko untuk dicuri, apalagi jika ianya ialah sebuah Lamborghini Urus.
Seperti kes yang berlaku di Ontario, Kanada, seorang penyewa telah menyewa sebuah SUV berkenaan di GTA Exotics yang berpusat di Mississauga, Ontario. Kadar sewanya bermula pada USD1,500 (RM6k) hingga USD 1,600 (RM6.4k) per hari.
Tidak berapa lama selepas disewa dengan membayar wang deposit sebanyak USD10,000 (RM40k), penyewa tersebut bertindak mematikan peranti GPS dan membuangnya.
View this post on Instagram
Kes ini sudah disiasat oleh pihak polis dan setelah tiga minggu kehilangannya, Lamborghini Urus tersebut masih belum dijumpai.
Untuk makluman, Lamborghini Urus mula dijual dengan harga sekitar RM1 juta di Malaysia ketika pertama kali diperkenalkan, dan dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 640hp.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
You may also like
-
Petani di Indonesia hasilkan replika Lamborghini guna enjin motosikal
-
Kanak-kanak 11 tahun pandu Mercedes-Benz bawa nenek ke hospital
-
Berniaga guna Lamborghini Aventador, jual tembikai je!
-
Tak pernah dibuat orang, Tesla Model Y ini diubah suai untuk kegunaan ‘off-road’
-
Pemain dram Blink-182, Travis Barker jual Cadillac Coupe DeVille 1964 kesayangan