Satu lagi kereta milik mendiang Paul Walker akan dijual, kali ini BMW M1 yang rare

Sejak Paul Walker meninggal dunia, beberapa buah koleksi kereta miliknya telah dijual satu persatu, dan kini, sebuah BMW M1 keluaran tahun 1980 milik Paul sedia untuk dilelong. 

Menurut Autoblog, kereta milik Paul ini difahamkan antara salah satu dari 10 buah BMW M1 keluaran 1980 yang diubah suai oleh pengedar BMW Jerman, AHG.

Setelah diubah suai oleh AHG, supercar berenjin tengah dari BMW ini mepunyai 75hp lebih tinggi daripada model standard, dimana secara keseluruhan, ia mampu menghasilkan sehingga 350hp.

Selain itu, ia juga disertakan dengan kit badan yang unik, warna khas dan roda BBS three-piece.

Berdasarkan keadaaannya, kereta khas ini (casis # WBS00000094301090) menunjukkan tanda-tanda ianya pernah digunakan, terutama pada bahagian dalam, namun secara keseluruhan, ianya masih berada dalam keadaan baik.

Menurut Bring a Tailor, sebuah syarikat jualan dan lelongan, kereta ini pernah tidak layak untuk didaftarkan di California kerana tidak melepasi ujian pelepasan. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh enjinnya yang telah dimodifikasi.

Ketika artikel ini ditulis, bidaan untuk BMW M1 ini telah mencapai sehingga USD390,000 (RM1.57 juta), dan nilai ini dijangka akan meningkat kerana pemiliknya yang merupakan pelakon Hollywood yang terkenal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *