Rimac C_Two mulakan pengeluaran, bakal dilancar 2021

Rimac Automobili secara rasmi telah memulai fasa pra-pengeluaran hypercar elektrik mereka iaitu C_Two. Enam unit dari hypercar tersebut kini difahamkan sedang diuji di kilang mereka di Veliko Trgovišće, Croatia.

Kilang itu telah digunakan untuk menghasilkan 12 prototaip untuk eksperimen dan pengesahan, yang kemudian digunakan untuk ujian perlanggaran serta ujian keselamatan yang seterusnya.

Enam unit pra-pengeluaran hypercar elektrik C_Two akan memasuki ujian fasa akhir, termasuk ujian homologasi, ujian ketahanan, eksperimen trim, ujian bunyi, getaran dan ketahanan (NVH) dan penilaian produk global sebelum tarikh pelancaran pengeluaran berskala penuh.

Setiap unit C_Two memerlukan masa sekitar lapan minggu untuk disiapkan. Tempoh masa ini lebih menjimatkan berbanding kaedah yang digunakan Rimac sebelum menggunakan production line baharu ini. Dengan kapasiti penuh, Rimac mampu menghasilkan empat unit setiap bulan.

Pengeluar dari Croatia ini juga menghasilkan jig khas, untuk memastikan semua komponen yang diperlukan termasuk pek bateri 120kWh liquid-cooled dan sistem powertrain yang direka dan dihasilkan oleh mereka dapat dipasang dengan mudah dan pada standard yang tinggi secara konsisten.

“Setelah beribu-ribu jam simulasi maya, reka bentuk dan kejuruteraan selama bertahun-tahun, dan banyak prototaip sudah dihasilkan, kami sangat gembira melihat pra-siri hypercar ini memasuki production line kami,” kata Mate Rimac, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rimac Automobili.

“Hal ini merupakan petanda paling jelas bahawa C_Two hampir siap, dan kami tidak sabar untuk menyerahkan hypercar ini kepada pelanggan kami pada 2021 dan untuk mempamerkannya ke seluruh dunia,” tambahnya.

Setelah syarikat tersebut melengkapkan ujian statik, semua unit pra-pengeluaran tersebut akan diuji menggunakan dyno, bagi menguji powertrain elektrik 1,914hp dan sistem brek.

Hypercar tersebut kemudian akan diuji di jalan raya, dimana para jurutera akan memeriksa tahap bunyi angin dan powertrain, serta ujian getaran.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *