Replika Lamborghini Countach ini dilengkapi enjin V8 twin-turbo

Di Thailand, terdapat sebuah replika Lamborghini Countach yang sedikit berbeza dari yang lain. Replika salah satu model pengeluar Itali ini dilengkapi dengan beberapa bahagian dari Hyundai, Nissan dan Lexus.

Berdasarkan saluran Youtube CB Media, jika dilihat dari luaran, replika Lamborghini Countach ini kelihatan sangat menarik, dimana ia mendapat livery Marlboro.

Walaupun tidak dilihat sebagai sebuah Lamborghini sebenar, kehadiran kereta ini di jalan raya tetap menarik perhatian ramai orang.

Replika Lamborghini Countach ini dimiliki oleh Kawee Tanjararak atau lebih dikenali sebagai Beam. Menurut Beam, kereta ini dihasilkan dari casis Hyundai tetapi tidak menggunakan pacuan roda-depan (FWD) yang asal, sebaliknya diuabh menjadi pacuan roda-belakang (RWD).

Untuk ruangan enjin, kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 UZ dengan dua turbocharger dari Lexus, dan digabungkan dengan transmisi dari enjin Subaru enam-silinder. Ia juga disertakan dengan komponen suspensi dari Nissan Skyline GT-R R32.

Butiran tentang kuasa dan tork yang mampu dihasilkan oleh enjin itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Seperti replika kereta yang lain, Lamborghini Countach ini tidak dihasilkan dengan sempurna. Ketika wartawan dari saluran Youtube CB Media pertama kali merakam kereta ini, salah satu penyerap hentak pada bahagian hadapan telah rosak.

Mereka kemudian kembali memeriksa replika tersebut dan setelah diuji untuk kali kedua, suspensi pada bahagian hadapan pula mengalami kerosakan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *