Post Malone mahu jual McLaren Senna XP ‘Master of Monaco’ miliknya, hanya ada tiga unit di dunia!

Produser, penyanyi dan rapper, Post Malone difahamkan ingin menjual McLaren Senna XP ‘Master of Monaco’ 2019 miliknya.

Hypercar ini merupakan salah satu daripada tiga prototaip eksperimen yang dihasilkan oleh McLaren Beverly Hills, sebelum diubah menjadi unit untuk diedarkan kepada pelanggan.

Hypercar milik Post Malone ini dihasilkan sempena memperingati enam kemenangan mendiang Ayrton Senna di Grand Prix Monaco.

Bahagian luaran Senna XP ‘Master of Monaco’ ini disertakan dengan bahan gentian karbon dan gabungan warna merah dan putih yang melambangkan bendera Monaco. Selain kaliper brek khas, hypercar ini juga disertakan dengan nombor 12 pada spoiler belakangnya.

Ruangan dalam pula disertakan dengan bahan gentian karbon berwarna merah pada beberapa komponen, termasuk pada tempat duduk, pintu, papan pemuka, stereng dan konsol tengah.

Antara bahagian yang menarik yang terdapat pada hypercar ini ialah tandatangan Ayrton Senna, sulaman bendera Monaco pada tempat duduk dan plat ‘Master of Monaco’ yang khas. 

Post Malone difahamkan sangat jarang memandu kereta ini, memandangkan perbatuannya hanya mencecah 236km. Masih belum dipastikan harga jualan kereta ini, namun ianya difahamkan bernilai sekitar USD1.4 juta (RM5.8 juta).

Untuk makluman, McLaren Senna XP ‘Master of Monaco’ dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 789hp dan 799Nm tork.

Hypercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.8 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 334km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *