Porsche 911 Turbo S dan jet peribadi Embraer ini kombinasi paling padan, 10 unit sahaja!

Seseorang yang sudah mempunyai jet peribadi seperti Embraer pasti tidak kisah membayar tambahan USD203,500 (RM838k) untuk sebuah Porsche 911 Turbo S baharu.

Pakej ini disediakan hasil kerjasama dari Embraer dan Porsche. Pengeluar jet dari Brazil dan pengeluar kereta dari Jerman tersebut telah menghasilkan pakej yang membolehkan pelanggan mereka memiliki jet peribadi jenis Embraer Phenom 300E edisi khas dan juga sebuah Porsche 911 Turbo S yang telah diubah suai.

Terhad kepada 10 unit, pakej ini ditawarkan berdasarkan produk paling sporty dan paling berjaya dari kedua-dua pengeluar.

Jet peribadi dan 911 Turbo S yang ditawarkan disertakan dengan gabungan warna Platinum Silver Metallic dan matt Jet Grey Metallic (satin gloss), beserta dengan kemasan jalur berwarna Brilliant Chrome dan Speed Blue.

Kesemua warna ini dicat menggunakan tangan, dan mereka turut menyediakan logo khas hasil dari kerjasama tersebut. 

Porsche 911 Turbo S yang ditawarkan sangat istimewa dan mempunyai banyak perincian reka bentuk yang diilhamkan dari jet peribadi.

Antaranya ialah nombor pendaftaran jet pada bahagaian bawah spoiler belakang dan perkataan ‘No Step’ yang diterangi dengan warna merah pada bahagian bawah pintu.

10 pakej edisi terhad ini kini sedia untuk ditempah, dan penghantaran akan mula dibuat pada tahun 2021.

Sebuah Embraer Phenom 300E sahaja sudah bernilai USD9.45 juta (RM38.9 juta), jadi sudah tentu pakej ini bernilai lebih mahal sedikit dari harga sebuah jet peribadi tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *