Nombor plat Mercedes-AMG C43 ini paling mahal dan istimewa di Australia, RM7.7 juta!

Sesetengah individu sanggup membelanjakan wang dalam jumlah yang banyak demi memiliki nombor plat yang istimewa dan mengikut pilihan mereka. Nombor plat istimewa ini akan lebih bermakna jika didaftarkan pada kenderaan pemiliknya.

Apa yang kami akan ceritakan disini ialah tentang sebuah Mercedes-AMG C43 di Melbourne, Australia, yang didaftarkan dengan nombor plat yang sangat istimewa, yang terdiri daripada nombor ‘1’.

Nombor plat ‘1’ ini difahamkan merupakan nombor plat paling mahal pernah diedarkan di Victoria, Australia. Ia mempunyai sejarah yang cukup panjang dan dianggarkan bernilai USD1.9 juta (RM7.7 juta).

Nombor plat ini dikeluarakan buat kali pertama pada tahun 1932, dan terpaksa disimpan dalam tempoh yang agak lama kerana Pesuruhjaya Polis, Perdana Menteri dan Gabenor negeri tidak dapat menyetujui siapa yang harus menggunakannya.

Ia akhirnya dilelong pada tahun 1984 dengan harga USD127,000 (RM514,032).

Mengikut sejarah, nombor plat ini pertama kali didaftarkan pada Saab 9000 Turbo, dan pernah didaftarkan pada pelbagai kenderaan yang lain seperti Ferrari, Rolls-Royce, HSV SV5000, Porsche 911 Turbo, 911 Carrera, E55 AMG, E63 AMG, dan terbaharu, AMG C43 ini.

Nombor plat cantik merupakan sesuatu yang berharga di Victoria. Sebelum ini, nombor plat ’26’ dilelong dengan harga USD847,000 (RM3.4 juta) pada tahun lepas, sementara nombor plat ‘101’ berjaya dilelong dengan harga USD392,000 (RM1.5 juta) pada tahun 2018.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *