Netizen mahu Honda HR-V pemandu mabuk ini jadi arca di tengah bulatan

Sebuah SUV dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol telah terbabas di lanskap bulatan di Eco Ardence, Setia Alam, Selangor.

Dalam kejadian pada Sabtu malam lepas, Honda HR-V itu telah melanggar benteng dan berhenti di tengah bulatan bersama dengan pokok-pokok lanskap hijau yang menjadi hiasan di situ.

Menariknya, netizen yang meninggalkan komen di media sosial rata-ratanya mencadangkan agar kereta itu dibiarkan sahaja di situ kerana boleh menjadi ‘arca seni’.

“Cantik, tambahan arca senibina kontemporari terbaharu, car in the park”, kata seorang netizen.

“Biar je kereta itu di situ, nampak cantik juga duduk tengah-tengah. Hanya touch up sahaja di mana dia sodok,” ulas seorang netizen lagi.

Satu lagi komen berkata, “Okay cantik dah dia parkir, tak perlu alih kereta itu jadikan sahaja tugu peringatan di situ.”

Macam-macam ya. Siapa sangka kereta yang telah kemalangan pun boleh dicadangkan agar menambah dan ‘mencantikkan’ lagi rekaan lanskap.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *