Kereta api terlajak landasan diselamatkan oleh replika ekor ikan paus

Sebuah kereta api yang terlajak dari landasan dan merempuh satu penghadang diselamatkan dari jatuh ke tanah oleh sebuah karya seni, iaitu patung ekor ikan paus.

Kejadian difahamkan berlaku di stesen De Akkers di Spijkenisse, Belanda.

Kereta api tersebut akan terjunam kira-kira 10 meter ke bawah jika ia tidak ‘diselamatkan’ oleh patung besar yang kebetulan dinamakan ‘Saved by a Whale’s tail’.

Pemandu kereta api itu yang juga merupakan satu-satunya orang yang berada di dalamnya berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walaupun berfungsi dengan baik dan sebagai penghadang tambahan, karya itu tidak dirancang dan dibina untuk dijadikan sebagai fungsi itu.

Namun, masih tidak dapat dipastikan bagaimana nahas itu boleh berlaku.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *