Ini senarai kereta yang pernah dimiliki Diego Maradona sejak awal karier bola sepak hingga tahun 2020

Berita mengejutkan datang dari dunia bola sepak apabila bekas bintang Argentina dan Napoli, Diego Maradona telah meninggal dunia.

Pemain yang popular dengan gol ‘Hand of God’ itu dikatakan meninggal dunia malam semalam, selepas mengalami serangan jantung di usia 60 tahun.

Selain prestasi cemerlang dalam kancah bola sepak, Maradona juga dikatakan minat terhadap dunia automotif. Bermula dari awal kariernya hingga sebelum kematiannya, Maradona difahamkan pernah memiliki beberapa buah kereta mewah.

Berikut adalah senarai kereta yang pernah dimiliki Maradona pada awal karier bola sepak hingga sebelum kematiannya.

1. Fiat Europa 128 CLS

Sebelum meninggalkan Boca Juniors untuk ke Barcelona, ​​Diego Maradona membeli Fiat Europa 128 CLS pada Disember 1982.

Kereta ini mempunyai banyak kenangan manis untuk Maradona. Dia pernah membawa teman wanitanya berjalan-jalan dengan memandu kereta tersebut. Namun, Fiat Europa 128 CLS ini dijual oleh Maradona pada tahun 1984. 

2. Porsche 924

Kereta ini dimiliki oleh Diego Maradona pada 22 Febuari 1980 ketika baru berusia 19 tahun. Namun, dia menjual kereta ini pada tahun 1982 sebelum pindah ke Barcelona.

3. Mercedes-Benz 500 SLC 

Atas pencapaiannya di arena bola sepak pada awal tahun 80-an, Diego Maradona diberi sebuah Mercedes-Benz 500 SLC oleh peminatnya. Kereta ini difahamkan merupakan sebuah kereta yang rare, kerana hanya dihasilkan sebanyak 1,122 unit.

4. Ferrari Testarossa dan F40

Di puncak kariernya pada tahun 1987, Maradona memesan sebuah Ferrari Testarossa. Namun, dia meminta supaya kereta tersebut disertakan dengan warna hitam.

Pesanan khas ini menyebabkan Ferrari kali pertama memecahkan tradisi warna merahnya dengan menyertakan warna lain pada kereta keluaran mereka.

Selain itu, Maradona juga difahamkan membeli sebuah Ferrari F40. Seperti anda semua mungkin tahu, kereta ini dihasilkan Ferrari sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-40 pada ketika itu, dan hanya dihasilkan kira-kira 1,315 unit sahaja.

5. Renault Fuego GTA Max

Diego Maradona pernah memiliki Renault Fuego GTA Max. Kereta ini dibeli semasa zaman kegelapannya setelah ditangkap kerana memiliki d4dah pada tahun 1991. Namun, kereta dengan enjin 2.2-liter ini telah dijual pada tahun 1992.

6. Ferrari F355 Spider

Ketika kembali ke Boca Juniors pada tahun 1996, Maradona sekali lagi membeli kereta iaitu dua buah Ferrari F355 Spider. Kedua-dua buah kereta tersebut disertakan dengan warna merah dan dibeli oleh Maradona pada masa yang sama.

7. Scania P360

Maradona difahamkan pernah memandu trak Scania P360 berwarna biru ketika dia ingin mengelakkan diri dari wartawan kerana terlibat dalam kes doping.

Setelah itu, Maradona difahamkan membeli trak dengan model sama yang disertakan dengan warna hitam.

8. Mini Cooper

Semasa menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Argentina untuk menghadapi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Maradona difahamkan memiliki Mini Cooper S 2005 dan Mini Cooper S 2009.

9. BMW i8

Ketika berpindah ke Dubai, Diego Maradona difahamkan memiliki sebuah kereta hibrid, iaitu BMW i8. Kereta ini difahamkan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum pada 250km/j.

10. Rolls-Royce Ghost

Diego Maradona juga bahkan difahamkan memiliki sebuah Rolls-Royce Ghost, dimana kereta ini dilengkapi dengan enjin V12 6.6-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 570hp.

11. Chevrolet Camaro RS 2019

Maradona pernah mempamerkan Chevrolet Camaro RS 2019 ketika sesi latihan untuk kelab yang dilatihnya, iaitu Dorados de Sinaloa. Kereta inilah yang dipandunya ketika berada di Mexico.

12. BMW M4

BMW M4 adalah kereta terbaharu yang dipandu oleh Diego Maradona pada Julai 2020. Kereta ini dikuasakan oleh enjin 3.0-liter 6-silinder twin-turbo yang mampu menghasilkan 431hp. 

Kereta ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.1 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 250km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *