Dwayne ‘The Rock’ Johnson terlalu besar untuk sebuah Porsche Taycan

Bekas bintang WWE, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson merasakan dirinya mustahil untuk memasuki beberapa buah kereta sport, dan kini sebuah Porsche Taycan menjadi ‘mangsa’ yang seterusnya.

Dalam satu perkembangan terbaru, The Rock difahamkan perlu memandu kereta tersebut bertujuan untuk sesi penggambaran filem Red Notice.

Disebabkan pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia, penggambaran filem ini tidaklah begitu lancar, sehingga beberapa persiapan terpaksa dilakukan selama berbulan-bulan termasuk membeli dan membawa masuk Taycan tersebut ke Amerika Syarikat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by therock (@therock)

Berdasarkan akaun Instagram rasmi miliknya, The Rock yang berbadan besar menyatakan dia tidak dapat masuk dan keluar dengan mudah dari Taycan tersebut, kerana dimensi bahunya yang lebar.

Namun, isu ini tidak menghalang daripada pihak produksi untuk memikirkan satu sudut yang sesuai dan kreatif bagi ‘memuatkan’ The Rock di dalam kereta elektrik tersebut.

Porsche Taycan

Untuk makluman, Porsche Taycan sudah tiba di Malaysia dengan tiga varian iaitu Taycan Turbo S (RM1,195,000), Taycan Turbo (RM999,000), Taycan 4S (RM725,000).

Dari segi prestasi, Taycan Turbo S menjana 761hp (560kW) dengan Launch Control, dan 1,050Nm tork. Ia memberikan Taycan Turbo S pecutan 0-100 dalam 2.8 saat sahaja. Jarak pemanduan ialah sehingga 412km.

Sementara itu, Taycan Turbo menghasilkan 680hp (500kW) dan 850Nm tork, mampu memecut 0 ke 100km/j dalam 3.2 saat. Jarak pemanduannya ialah sehingga 450km.

Kelajuan maksima kedua-dua Taycan Turbo S dan Taycan Turbo adalah 260km/j.

Untuk Taycan 4S pula, ia tetap berkuasa dengan 571hp (390kW), dan mampu memecut ke 100km/j dalam 4.0 saat. Dengan kuasa yang lebih rendah, Taycan 4S mampu dipandu sejauh 407km hingga 463km bergantung kepada jenis bateri.

Taycan 4S mempunyai kelajuan maksima 250km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *