Dashboard ‘cair’ kerana pemetik api meletup setelah ditinggal dalam kereta

Pemetik api ialah satu alat yang tidak sesuai untuk ditinggalkan dalam kereta. Ini kerana baru-baru ini, terdapat kes dimana pemetik api meletup kerana diletakkan pada dashboard kereta dan terdedah kepada sinaran cahaya matahari.

Berdasarkan satu video yang tular, kelihatan dashboard kereta yang meleleh, cermin hadapan yang retak dan bumbung kereta yang juga turut terbakar.

Perakam video ini juga menjelaskan punca kejadian tersebut ialah disebabkan oleh pemetik api yang ditinggal dan diletakkan pada dashboard kereta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Berita & Fakta Indonesia (@fakta.indo_)

Menurut pakar dari Venson Automotive Solutions, Gil Kelly, apabila kereta diparkir di bawah sinaran cahaya matahari, suhu dalam kereta akan naik ke tahap yang berbahaya hanya dalam masa 10 minit.

Walaupun kes kebakaran kenderaan yang disebabkan oleh pemetik api jarang berlaku, terdapat barang lain yang berkemungkinan besar akan menyebabkan komponen-komponen di dalam kereta akan rosak teruk.

“Sesetengah pemandu mengambil risiko meletakkan bahan mudah terbakar termasuk petrol ke dalam kenderaan dan diletakkan dalam bekas yang tidak sesuai. Hal ini akan meningkatkan risiko kebakaran secara spontan,” kata Kelly.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *