Dari kereta usang menjadi replika Transformers!

Dengan idea dan kreativiti tersendiri, sekumpulan anak muda di Baoding, wilayah Hebei, utara China membina replika Transformers dengan hanya menggunakan bahagian kereta usang.

Ciptaan terbesar mereka ialah Optimus Prime yang mempunyai ketinggian lebih 12 meter.

Menurut seorang daripada anak muda itu yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang rekaan replika, Quan Likun, mereka tidak mengeluarkan modal besar sebaliknya hanya menggunakan bahagian kereta yang sudah usang sebagai bahan utama.

“Bahan itu kami padankan bersama beberapa plat yang direka khas berdasarkan filem itu sebelum dipotong dan dikimpal,” kata Quan Likun.

“Ia nampak macam mudah, tetapi sebenarnya paling sukar apabila kita perlu memastikan pergerakan model dan arahan menyeluruh sebelum mendapatkan hasilnya yang terbaik,” tambahnya.

Dalam rakaman video yang tular dari laman Youtube CGTN, replika Bumblebee mampu berfungsi membuat pertukaran bentuk sebaik seperti dalam siri fiksyen Transformers.

Pemuda itu berkata, mereka mengambil masa setahun untuk menyiapkan penghasilan replika terbabit.

Hasil ciptaan kumpulan anak muda itu menarik perhatian hingga ramai warganet memuji kreativiti dilakukan mereka. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *