Dah curi kereta, patah balik untuk marah pemilik sebab tinggal anak dalam kereta!

Seorang pencuri kereta di Amerika Syarikat boleh dikategorikan sebagai luar biasa. Dia dilaporkan berpatah balik ke tempat dia melarikan sebuah kereta, selepas menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalamnya.

gambar hiasan

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya di Beaverton, Oregon pada jam sekitar 9 pagi itu, suspek juga bertindak memarahi pemilik kereta berkenaan, seorang wanita bernama Crystal Leary, kerana meninggalkan anaknya bersendirian di dalam kereta.

Dia kemudiannya terus beredar selepas menurunkan kanak-kanak lelaki tersebut yang berusia empat tahun. Bukan itu sahaja, suspek juga sempat mengugut wanita berkenaan untuk melaporkan kecuaiannya kepada pihak polis.

Menerusi laporan CNN, kejadian tersebut bermula selepas Crystal meninggalkan anaknnya di dalam kereta yang masih hidup enjinnya untuk mendapatkan barangan keperluan di pasar menjual daging itu.

Namun sewaktu dia di dalam pasar, seorang lelaki secara tiba-tiba meluru masuk dan melarikan Honda Pilot 2013 miliknya tanpa menyedari kewujudan seorang kanak-kanak didalamnya.

“Dia masuk ke dalam kereta, terus memandu sebelum menyedari ada kanak-kanak 4 tahun di dalam, dan berpatah balik. Dia kemudian mengarahkan wanita itu mengambil anaknya dan beredar dari situ,” kata pegawai polis Beaverton, Matt Henderson.

Jelas Henderson lagi, pihaknnya juga lega kerana lelaki tersebut masih sanggup untuk menghantar anak itu kembali.

lokasi kejadian

Buat wanita itu pula, dia juga mengakui telah melakukan kesilapan yang besar namun bersyukur kerana anaknya tidak diapa-apakan.

Kereta wanita tersebut difahamkan berjaya ditemui beberapa jam kemudiannya, namun polis masih giat memburu suspek tersebut yang dipercayai berusia sekitar 20-an hingga 30-an.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *