Bugatti jual aksesori tambahan, sehelai baju berharga RM1.3k!

Bugatti bekerjasama dengan Audes Group untuk menghasilkan pelbagai aksesori yang diinspirasikan dari model Chiron, Divo, La Voiture Noire, Chiron Super Sport 300+, Centodieci dan Bolide.

Kesemua aksesori ini terdiri daripada lebih 50 barang, seperti kemeja-T, jaket, power bankkey chain, beg, barangan kecil yang diperbuat daripada kulit, mugcufflink, pemegang kad kredit dan sebagainya. 

Apa yang menarik, walaupun pakaian yang dijual dibuat dari kain dengan kualiti tinggi dari Bugatti, harganya masih lebih rendah jika dibandingkan dengan baju yang diperkenalkan oleh pengeluar lain seperti Lamborghini.

Secara keseluruhan, baju yang dijual oleh Lamborghini dua kali ganda lebih mahal dari baju yang dijual oleh Bugatti.

Anda boleh melihat kesemua koleksi aksesori yang dijual oleh Bugatti disini.

Jaket EB berwarna biru laut (RM1.3k)

Dalam koleksi tersebut, barang yang paling mahal ialah jaket EB berwarna biru laut, yang berharga USD330 (RM1.3k). Harga tersebut boleh dibandingkan dengan harga sepasang kasut Air Jordan edisi khas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *