Belum keluar dah kemalangan! Ram 1500 TRX ini terbalik dalam kilang

Apabila berlaku kes kemalangan, apa yang terbayang di fikiran kita sudah tentu kemalangan jalan raya.

Namun, ada kes rare yang berlaku, dimana sebuah trak pikap mengalami kemalangan sebelum sempat dikeluarkan dari kilang.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh akaun Instagram @sinister_lifestyle, kelihatan sebuah RAM 1500 TRX terbalik di kilangnya yang terdapat di Michigan, Amerika Syarikat.

Butiran bagaimana kejadian tersebut berlaku masih belum dipastikan, namun menurut Carscoops.com, ianya disebabkan kegagalan mesin pembawa mekanikal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kyle | 22Yrs Old | Detroit, MI (@sinister_lifestyle)

Untuk makluman, RAM 1500 TRX memasuki production line di Amerika Syarikat buat kali pertama pada 17 Desember lalu. Pengeluar ini juga mula beroperasi pada tahun 2018 dengan pelaburan sebanyak USD1.5 bilion (RM6 bilion) dan mempunyai seramai 7,200 pekerja.

Trak pikap ini dikuasakan oleh enjin V8 6.2-liter yang mampu menghasilkan sehingga 702hp dan 881Nm tork. Pecutan dari 0-100km/j hanya mengambil masa 4.5 saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *