Bekas pelumba MotoGP, Max Biaggi pecah rekod kelajuan motosikal elektrik, 408km/j!

Bekas pelumba MotoGP, Max Biaggi mencatat nama sebagai salah seorang yang mencipta dan memecahkan rekod kelajuan bagi kategori motosikal elektrik.

Secara keseluruhan, Biaggi dan seorang lagi pelumba, Voxan Wattman berjaya mencipta 11 rekod kelajuan dunia, dengan kelajuan tertinggi mencecah sehingga 408km/j.

Kesemua rekod baharu tersebut dibuat pada sesi 30 Oktober hingga 1 November di lapangan terbang Châteauroux di Perancis.

Rekod Max Biaggi dan Voxan Wattman:

1. 0.4km flying start, partially streamlined – 394.45km/j (tiada rekod terdahulu)
2. 0.4km flying start, non-streamlined – 357.18km/j (tiada rekod terdahulu)
3. 1km flying start, partially streamlined – 386.35km/j (rekod terdahulu: 329.31km/j)
4. 0.4km standing start, non-streamlined – 126.20km/j (tiada rekod terdahulu)
5. 0.4km standing start, partially streamlined – 127.30km/j (rekod terdahulu: 87.16km/j)
6. 1km standing start, non-streamlined – 185.56km/j (tiada rekod terdahulu)
7. 1km standing start, partially streamlined – 191.84km/j (rekod terdahulu: 122.48)
8. 1.6km standing start, non-streamlined – 222.82km/j (tiada rekod terdahulu)
9. 1.6km standing start, partially streamlined – 225.01km/j (tiada rekod terdahulu)

“Ketika Gildo Pastor, Presiden Venturi Group mengaitkan saya tentang projek ini, saya berasa sangat ingin tahu, bermotivasi dan pada masa yang sama agak tidak pasti,” kata Max Biaggi.

“Namun setelah pertemuan pertama kami, saya sedar pasukan ini mempunyai semangat dan tekad yang luar biasa.

“Rekod-rekod ini menjadikan saya seorang yang sangat gembira! Saya bangga dengan pasukan dan gembira dapat membawa pulang gelaran ini ke Monaco,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *