Hafizh Syahrin berlatih guna jentera sendiri

224

Pelumba Moto GP negara, Hafizh Syahrin dilihat berlatih menunggang motorcross menggunakan motosikal miliknya sendiri.

Walaupun menjadi pelumba nombor satu negara dan berlumba di peringkat antarabangsa, penunggang Red Bull KTM Tech 3 itu tidak menerima alatan latihan seperti motosikal dari KTM.

Sebagai pelumba profesional dan MotoGP khususnya, latihan berkala ketika tidak berada dalam ‘race weekend’ adalah penting dalam menjamin stamina dan prestasi kecergasan dikekalkan.

Latihan juga dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis motosikal seperti motorcross, supermoto dan road bike untuk memberi penunggang kefahaman dalam mengendalikan jentera berbeza.

Sesi latihan ini dijalankan di Sendayan X Park, Seremban, Negeri Sembilan.

 

Jom Baca:   2019 - KTM EXC Model

Komen anda mungkin membantu