Fiat 500 Abarth ini satu contoh lemon jadi lemonade

33

Anda pasti pernah mendengar pepatah Inggeris yang berbunyi, “when life gives you lemon, make lemonade”. Ia pepatah yang menggalakkan optimism dari suatu kesusahan atau kesukaran untuk menjadikannya sesuatu yang lebih baik.

Begitulah yang dilakukan oleh Anton Clark, seorang pemilik Fiat 500 Abarth. Keretanya telah mengalami kerosakan agak teruk akibat ditimpa sebatang pokok tumbang.

Bahagian atasnya rosak teruk dari kejadian ini dimana bumbungnya remuk dan patah dan mengenai juga bahagian kabin kereta.

Namun pemilik akaun Instagram @t0ne.st0ne.p1zza.b0ne ini mengambil “lemon” dari situasi ini dan menjadikannya suatu “lemonade”.

Clark menggunakan kejadian ini sebagai “peluang” untuk dia mentransformasi 500 Abarth miliknya yang rosak itu kepada versi lebih hardcore.

Cermin depan dan bumbung asal yang rosak dibuang, hanya sebahagian tingkap tepi dan belakang ditinggalkan. Kemudian, roll-cage atau sangkar guling dipasang sebagai ganti untuk keselamatan.

Hasilnya agak menarik, seperti sebuah kereta lumba comel yang bersedia untuk meng-attack selekoh-selekoh di litar.

Kereta dengan situasi menarik ini juga dikongsi oleh laman Instagram @1320video dan mendapat hampir 22 ribu Likes pada masa artikel ini ditulis.

Bak kata pepatah Melayu pula, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya!

Komen anda mungkin membantu