Yamaha 125Z jaguh litar drag

0
 
IKLAN

Sukan pecut atau drag bukanlah sukan yang asing di Malaysia dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Kali ini kami paparkan sebuah jentera drag yang telah melalui modifikasi agak radikal.

Ia sangat radikal hinggakan pemerhati biasa tanpa pengetahuan mendalam akan mengalami kesukaran untuk meneka apakah model asal jentera ini.

Sama ada anda terkejut atau tidak, jentera asal ini ialah Yamaha 125Z. Jentera ini dibina khas oleh pasukan Danish Motor, satu nama yang tidak asing dalam dunia sukan drag.

Kehadiran pasukan ini di setiap siri perlumbaan drag amat dinanti oleh peminat. Kehadiran mereka ibarat penyeri setiap perlumbaan.

Berbekalkan pengalaman dan kemenangan yang dikecapi, Danish Motor berharap dapat mewakili negara dan mengibarkan Jalur Gemilang di persada antarabangsa satu hari nanti.

Spesifikasi:

Jenis motosikal: Yamaha 125Z

Enjin: Yamaha 125Z, head dan block Yamaha 135RXZ

Baca:   Yamaha MT-07 ‘Dark Attraction’ memasuki pasaran Malaysia

Chasis: Yamaha 125Z dan dibuahsuai agar lebih ringan

Bahan api: Petron RON100

Tayar: Vee Rubber

Rim: 16-inci 400g (depan), 17-inci 400g (belakang)

Brek: Brembo

Bengkel: Danish Motor

Kredit gambar: AP-Ganchong & Raziman Sipico

Apa kata anda?

avatar