Perodua Myvi kini boleh dibeli di Singapura, bermula RM197k sahaja

0
 
IKLAN

Perodua Myvi generasi ketiga baru dilancarkan di Singapura secara rasmi. Ia boleh didapati dalam dua varian, iaitu 1.3 X AT dan 1.5 H AT, masing-masing berharga RM197,093 dan RM212,301. Harga adalah termasuk GST dan Sijil Kelayakan (COE).

Majlis pelancaran diadakan pada Sabtu lepas di Perocom Auto Pte Ltd di Ubi. Syarikat itu merupakan pengedar sah tunggal Perodua di Singapura.

Anda mungkin mengetahui bahawa Perodua Myvi yang dipasang di kilang Perodua di Malaysia juga mengeksport model itu ke Indonesia, namun model tersebut menggunakan jenama Daihatsu di sana dan dinamakan sebagai Sirion.

Walaupun kecil, pasaran automotif Singapura adalah antara yang paling dikawal selia di rantau ini.

“Perodua Myvi mendapat sambutan yang sangat baik oleh rakyat Malaysia, dan di Singapura turut terdapat sekumpulan peminat setia yang menanti-nantikan ketibaan model generasi ketiga ini,” kata Pengarah Urusan Perocom Auto Pte Ltd En John Ng.

Baca:   Perodua bawa 15 atlet murid ke Jepun untuk Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara

Perocom Auto, pengedar sah Perodua yang tunggal di Singapura sejak 1997, telah menjual Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama, Viva, Axia dan Bezza di negara tersebut.

Apa kata anda?

avatar