Honda Civic Type-R Mugen ialah versi lebih ganas yang anda tak boleh beli

0
 
IKLAN

Honda Civic Type-R FK8 terkini secara dasarnya membawakan penggayaan yang cukup agresif dengan bucu-bucu dan sudut-sudut tajam di sekeliling kereta.

Namun jika itu tidak cukup, dipersembahkan Honda Civic Type-R Mugen Concept. Ia kini dipamerkan di acara Malaysia Autoshow di MAEPS, Serdang hingga Ahad ini. Penampilan ini juga merupakan yang pertama di Asia Tenggara.

Perbezaan dari model Civic Type-R standard

Untuk luaran, Civic Type-R Mugen Concept dilengkapi komponen berjenama Mugen seperti:

  • Kemasan gril karbon
  • Lip depan
  • Spoiler bawah belakang
  • Kemasan skirt tepi
  • Lampu belakang LED
  • Rim 20-inci
  • Pelekat badan Mugen
  • Set nut rim

Untuk dalaman pula, komponen unik termasuklah:

  • Roda stereng sports
  • Tombol gear bersalut kulit
  • Tikar sports
  • Plat tepi pintu

Berapa harga?

Anda berminat? Maaf dan sayang sekali, kerana menurut Honda Malaysia, Type-R Mugen Concept ini hanya untuk pameran dan bukan untuk dijual.

Baca:   Acura Integra Type R tahun 1997 dijual lebih RM200,000

Namun tidak mustahil rekaan Mugen ini direka semula dan dijual dalam pasaran aftermarket tidak lama lagi. Cuma bukan original lah, kan?

Apa pendapat anda mengenai konsep Mugen untuk Civic Type-R ini?

Apa kata anda?

avatar