Lihat Mazda CX-8 dengan lebih dekat hujung minggu ini

70

Bermaz akan mengadakan pratonton eksklusif Mazda CX-8 di Malaysia Autoshow yang akan dianjurkan di MAEPS, Serdang bermula 11 hingga 14 April 2019.

Mazda CX-8 merupakan SUV terkini yang akan dilancarkan oleh Bermaz tahun ini. Ia merupakan kenderaan untuk mereka yang menghargai kualiti, prestasi dan kecantikan. Sama seperti model-model Mazda yang lain, CX-8 juga direkabentuk dengan falsafah KODO – Soul of Motion.

Pelanggan yang berminat juga boleh mendaftar untuk tempahan di acara Malaysia Autoshow ini nanti.

Harus diingat spesifikasi CX-8 yang ditayang nanti bukanlah spesifikasi muktamad yang akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Pameran Mazda di Malaysia Autoshow:

Kenderaan pameran – Mazda CX-8, Mazda CX-3, Mazda CX-5, Mazda CX-9 dan Mazda6

Masa melihat ruang dalaman CX-8 –  11AM – 12PM, 1PM – 2PM, 3PM – 4PM dan 5PM – 7PM

Kenderaan untuk pandu uji – Mazda CX-5 2.5, Mazda CX-5 2.2D 4WD dan Mazda6 2.5

Komen anda mungkin membantu