Mazda 3 2019 rangkul anugerah “Red Dot: Best of the Best”

70

Mazda 3 serba baharu telah memenangi anugerah Red Dot: Best of the Best berikutan rekabentuknya yang sangat menawan.

Menggunakan falsafah Kodo: Soul of Motion, Mazda 3 menzahirkan kecantikan Jepun dengan cara ringkas dan mudah. Pereka-pereka Mazda menyingkirkan “garisan karakter” agar panel badannya memantulkan imej persekitaran.

Pendekatan less is more ini terpampang di seluruh kereta. Bahagian seperti lampu depan dan lampu belakang contohnya, menampilkan gaya kemas dan ringkas yang bebas dari elemen-elemen tidak perlu.

Mazda 3 2019 ini juga akan menjadi model pertama yang menggunakan enjin Skyactiv-X, enjin petrol canggih Mazda yang memberikan kecekapan seperti diesel.

Juri-juri antarabangsa memilih kurang dari 100 produk untuk hadiah “Best of the Best” dari lebih 5,500 penyertaan yang diterima dari 55 negara. Antara kriteria pemilihan termasuklah inovasi, kepenggunaan dan ergonomik.

Diperkenalkan pada 1955, Red Dot merupakan antara pertandingan rekabentuk terbesar di dunia.  

Komen anda mungkin membantu