[Galeri] Beginilah rupa di dalam RWB Museum – ruang idaman setiap lelaki!

43

Rata-rata peminat scene kereta pasti mengetahui akan RWB atau nama penuhnya RAUH-Welt Begriff. Ia bukanlah sebuah kelab atau pergerakan yang mana ahli-ahlinya berkonvoi untuk TT dan BBQ.

RWB ialah seorang lelaki yang melakukan apa disukainya untuk kereta yang dia sukakan. Ia suatu interpretasi gaya yang menukar Porsche 911 (generasi 993) biasa kepada sebuah hasil seni. Sebuah 911 yang liar dan luar biasa.

 

Nakai-san, lelaki di sebalik RWB, terbang ke merata tempat di seluruh dunia membina beberapa puluh kereta setahun.

RWB di Malaysia

Nakai telah membina beberapa unit RWB di Malaysia. Dan pada 2016, penulis juga bertuah menyaksikan sendiri bagaimana hamparan tiga dimensi 911 dijadikan “kanvas” untuk Nakai-san menzahirkan seninya.

Beberapa unit Porsche 911 RWB ini dimiliki oleh Christian Coujin, seorang pengumpul kereta. Selain 911, Coujin juga mempunyai model lain seperti Nissan Skyline GT-R R34 dalam koleksinya.

Jom Baca:   Porsche Taycan bakal menggunakan teknologi bateri terkini

RWB Museum direalisasikan

Coujin menghimpunkan hampir kesemua koleksi 911 RWB-nya di sebuah fasiliti yang dinamakan RWB Museum.

Terletak di Johor Bahru, RWB Museum dibuka pada awal tahun lepas, sekitar Mac 2018.

Penulis berpeluang melawat ke sini baru-baru ini semasa penulis menyertai konvoi Drive of the Year 2019 oleh Porsche Club Malaysia.

RWB Museum ini boleh dikatakan ibarat ruang idaman setiap petrolhead. Dengan lantai bersih berkilat, ruangan diisi dengan pelbagai bahan berkaitan kereta seperti model skala, panel badan, majalah, kit model, dan semestinya kereta idaman itu sendiri.

Turut dipamerkan adalah model-model Hot Wheels hasil kerjasama syarikat mainan itu dengan RWB.

Penulis sendiri meminati model skala dan pernah memasang kit model seperti dari Tamiya dan Revell, jadi bila di RWB Museum ini akan ambil masa yang lama sedikit untuk bergerak dari satu sudut ke sudut lain.

Jom Baca:   Memminger Roadster 2.7 ialah Beetle sporti berenjin tengah

Jujurnya, terlalu banyak benda yang boleh diperhatikan dan dihayati di RWb Museum ini. Jemput jamu mata anda dengan galeri di bawah.

Komen anda mungkin membantu