Mana ada mahal Yamaha Y15ZR V2, bawah RM10k pun ada jual la

0
 
IKLAN

Harga runcit Yamaha Y15ZR V2 yang baru dilancarkan tidaklah begitu mahal seperti diperkatakan oleh ramai orang.

Menurut tinjauan rakan kami di Drebar.my dari beberapa kedai motosikal di Lembah Klang, harga terendah untuk “Waisuku” ini ialah pada RM9,300 atas jalan termasuk insurans.

Ini berlawanan dengan spekulasi yang mendakwa harganya akan berada di tahap tidak munasabah, “harga Yahudi” katanya.

Harga Y15ZR semasa pelancaran ialah RM8,168. Itu tidak termasuk kos-kos tambahan lain seperti insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran.

Y15ZR 2019 bagaimanapun RM280 lebih mahal berbanding keluaran sebelumnya. Ia mendapat pembaharuan utama seperti unit lampu depan LED, meter kelajuan digital, kill switch, tayar depan lebih besar dan pelekat grafik baharu.

Menurut Drebar lagi, beberapa kedai menjual Y15ZR V2 pada RM9,800 dan 9,700 dan harga ini semua adalah harga pembelian tunai.

Semua motosikal yang dipamerkan di kedai yang ditinjau juga telahpun mempunyai pemilik. Jadi kita boleh katakana bahawa tempoh menunggu untuk pembeli yang mahu menempah akan menjadi sedikit panjang.

Baca:   2019 - Yamaha Tracer 700 GT diperkenalkan

Dari segi mekanikal, Y15ZR V2 menggunakan enjin 150cc SOHC yang menghasilkan 15hp dan 13.5Nm tork beserta kotak gear 5-kelajuan.

Apa kata anda?

avatar