Toyota dan Subaru akan bangunkan MR2 baharu dengan 300hp?

0
 
IKLAN

Membawa semula jentera lagenda Jepun telah menjadi tugas popular di kalangan pengeluar seperti Nissan, Honda dan Toyota. Skyline telah kembali dalam bentuk GT-R, NS-X juga dihidupkan semula tetapi dalam versi hibrid. Supra juga dihidupkan kembali, dengan powertrain BMW.

GT86 pula ialah model baharu dengan aspirasi AE86 dan Celica – Toyota dan Subaru berjaya menghasilkan kereta sports itu yang disukai ramai pemandu. Namun mereka kini ada idea terkini yang mungkin direalisasikan tidak lama lagi.

Mereka dilaporkan akan membina MR2: sebuah kereta sports enjin tengah dengan harga sederhana. Ia juga dikenali dengan karakter snap-oversteer dan gaya supercar. Boleh dikatakan kami agak teruja.

GT86 dikatakan bakal menerima enjin 2.4-liter untuk kemaskini akan datang, dan ini meninggalkan kita dengan sebuah kereta dengan enjin lebih kecil dan powertrain hibrid.

Enjin 1.6-liter turbo dari Levorg sesuai untuk ini. Dengan beberapa motor, ia dengan mudah mencapai 300hp.

Baca:   Gear manual masih popular untuk kereta, ini senarainya

Letak saja di dalam konsep S-FR berenjin tengah yang Toyota sedang siapkan dan kereta berenjin tengah yang Subaru sedang bangunkan, maka MR2 serba baharu tidaklah terasa begitu mustahil.

Menurut Response, ia bakal hadir seawal 2021. Cara menarik untuk mulakan dekad baharu! Diharap ia kekal mampu milik dan ringan seperti model terdahulu.  

Apa kata anda?

avatar