Yamaha Y15ZR v2 2019 pada RM8,168, percuma kunci brek cakera!

529

Yamaha Y15ZR v2 2019 telah dilancarkan baru-baru ini di Cub Prix pusingan Melaka. Motosikal yang dinanti-nanti ini membawa beberapa pembaharuan seperti:

  • Lampu depan LED baharu
  • Lampu belok LED
  • Panel meter LCD penuh
  • Kill switch
  • Tayar depan lebih besar 90/80 – 17
Yamaha Y15ZR v2
Yamaha Y15ZR v2

Harga rasminya baru diumumkan, iaitu RM8,168 tanpa cukai jalan dan insurans. Empat warna ditawarkan iaitu Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey.

Yamaha Y15ZR v2 - depan

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut menawarkan kunci brek cakera (bernilai RM100) secara percuma untuk semua pembelian Y15ZR ini.

Yamaha Y15ZR v2 - sisi

Dari segi mekanikal, ia masih menggunakan enjin 150cc SOHC yang menghasilkan 15hp dan 13.5Nm tork beserta kotak gear 5-kelajuan.

Jemput lihat galeri Waisuku ini dengan lebih dekat:

 

Komen anda mungkin membantu