Kilang Mitsubishi CKD dalam persediaan model baharu – Xpander CKD?

95

Motoqar baru-baru ini mendapat maklumat dari sumber kami yang mengatakan sebuah kilang pemasangan CKD milik Hicom Automotive sedang mempersiapkan assembly line untuk model Mitsubishi.

Imej: Topgear PH

Model yang terus datang ke fikiran kami ialah Xpander, MPV kompak yang dikhabarkan bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini.

Mitsubishi Xpander kini dipasang di kilang syarikat itu di Jawa Barat, Indonesia dan turut dieksport ke Thailand.

Bersaing dengan model seperti Perodua Aruz, Proton Ertiga, Honda BR-V dan Toyota Sienta, Xpander dipacu oleh enjin 1.5-liter MIVEC.

Enjin itu menjana 102hp dan 141Nm tork dan ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.

Mitsubishi CKD
Mitsubishi CKD – Imej: IndiaCarNews

Ia mempunyai dimensi (panjang x lebar x tinggi) 4,475mm x 1,750mm x 1,700mm. Dengan jarak roda 2,775mm, ia 5mm lebih panjang dari Toyota Sienta.

Xpander ialah MPV berkapasiti 7 tempat duduk dengan konfigurasi 2-3-2 dan dilengkapi pendingin hawa barisan kedua di siling.

Jom Baca:   Nissan dan Mitsubishi bakal perkenal 4 "kei car" baharu

Nantikan kemaskini apabila kami mendapat maklumat lanjut mengenai pelancaran Xpander ini.

Komen anda mungkin membantu