[Video] Dinda bagi surprise Ford Mustang untuk kanda

34

Dapat memiliki kereta idaman pastinya suatu pencapaian dan detik penting dalam hidup seseorang. Tetapi apa yang lebih bermakna, jika kereta idaman itu hadiah dari insan tersayang. Begitulah yang terjadi kepada suami Cik Epal, blogger dan usahawan terkenal baru-baru ini. Dia dihadiahkan sebuah Ford Mustang oleh isterinya. Dengar cerita, siap beli cash lagi tu!

Menurut usahawan produk Fair Fit itu, dia ingin membalas jasa suaminya yang sebelum ini tidak berkira apabila berbelanja dengannya.

Hadiah Ford Mustang dari isteri
Hadiah Ford Mustang dari isteri

Saat yang diabadikan dalam video itu telah tular dan telah menerima lebih 44 ribu jumlah tontonan di saat artikel ini ditulis.

Mungkin para suami di luar sana juga boleh contohi suami Cik Epal ini, berbelanjalah untuk isteri anda dan jangan berkira.

Untung nasib badan. Penulis nak beli Ford Mustang model skala 1:18 dari Auto Art pun dah nak kena korek-korek tabung. Haishh…

Jom Baca:   Ford Mustang Hoonicorn mainan baharu Ken Block yang memiliki 1,400hp

Komen anda mungkin membantu