Indonesia bakal terima Hyundai Kona 2019, Malaysia akan menyusul?

239

Pasaran segmen SUV di Indonesia nampaknya akan semakin menarik kerana Hyundai dilaporkan akan melancarkan Kona tahun ini.

Hyundai Kona. Imej: Car And Driver

Menurut Otosia, pengenalan SUV Kona untuk Indonesia itu adalah sebahagian dari kenyataan Hyundai untuk melancarkan sekurang-kurangnya dua model baharu di negara itu untuk 2019.

Hyundai Kona. Imej: Car And Driver

Ketua Pengarah Pemasaran PT Hyundai Indonesia, Hendrik Wiradjaja berkata, “Pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Mungkin SUV, MPV atau City Car yang akan dilancarkan. Kita tunggu dan lihat sahaja di IIMS dan GIIAS 2019 akan datang.”

Hyundai i20. Imej: Top Gear

Model kereta kompak i20 juga dikatakan akan menyertai Kona untuk memasuki pasaran negara itu.

Hyundai Kona. Imej: Car And Driver

Di Australia, Hyundai Kona ditawarkan dalam dua varian iaitu dengan enjin 2.0-liter MPi petrol dengan automatik 6 kelajuan dan enjin 1.6-liter turbo petrol dengan automatik dwi-klac 7 kelajuan.

Enjin 2.0-liter itu menghasilkan 150hp dan 180Nm tork manakala enjin 1.6-liter turbo lebih bertenaga dengan 178hp dan 265Nm tork. Padanan enjin ini adalah sama dengan Hyundai Tucson di Malaysia.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo

Unik untuk Kona ialah enjin 1.6-liter turbo itu mendapat sistem pacuan semua roda.

Menurut sumber di Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), pengedar rasmi kenderaan Hyundai di Malaysia, mereka mempunyai perancangan untuk membawa masuk Kona, namun masih dalam kajian dan belum ada kepastian.

HSDM juga ada mempamerkan SUV ini di KLIMS18 (Kuala Lumpur International Motor Show 2018) pada November lepas.

Wajarkah Hyundai Kona ini masuk ke Malaysia?

Komen anda mungkin membantu