Geely akan beli separuh saham Smart Daimler

25

Daimler menghampiri proses penjualan 50 peratus saham jenama kereta kecilnya, Smart, kepada Geely.

Menurut Financial Times, penjualan saham itu akan disahkan sebelum Shanghai Auto Show bulan depan.

Daimler telah mengadakan rundingan dengan ‘beberapa rakan kongsi berpotensi’ untuk menghasilkan model-model Smart akan datang.

Penjualan saham itu bakal membantu firma kereta kecil Jerman itu yang hanya menjual 130,000 unit kereta setahun, berbanding Mercedes-Benz yang menjual 2.25 juta unit.

Angka pendapatan Smart tidak didedahkan. Namun para penganalisis berpendapat bahawa firma itu gagal mencatat keuntungan semenjak penubuhannya pada 21 tahun lepas.

Anggaran dari carta Evercore ISI adalah kerugian antara 500 juta euro (RM2.29 bilion) hingga 700 juta euro (RM3.21 bilion) setahun.

Jom Baca:   Proton Saga facelift sudah mula diuji, apa yang baharu?

Komen anda mungkin membantu